Tuesday, January 12, 2016

Forever Living Produk Pengeluar Aloe Vera atau Lidah Buaya Terbesar Di Dunia

Assalamualikum WBT dan salam seantero dunia.

Forever Living? Apakah itu? Adakah ia Forever 21? atau ianya adalah tajuk lagu kumpulan West Life? Oh..tidak..

Saya tahu ramai yang belum tahu syarikat Forever Living kan. Jadi hari ini, saya nak kongsi tentang syarikat yang mengeluar aloe vera ini.


Apa itu syarikat Forever Living Product (FLP)?


Forever Living Penanam, Pengeluar dan Pengedar Aloe Vera Terbesar Di DuniaForever Living Product Pengeluar Produk Lebah Terbesar Di Dunia



Produk Aloe Vera dan Rangkaian Produk Kulit

Forever Living Product diasaskan pada tahun 1978 oleh Dr Rex Maughan. Forever Living adalah sebuah syarikat berbillion dolar yang berpusat di Scottsdale, Arizona dan adalah sebuah organasasi yang menghasilkan dan menjual pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Syarikat ini mempunyai lebih daripada sembilan  juta pengedar daripada 160 buah negara termasuk Kanada, Mexico, Nigeria, Britain, Jepun, German,  Saudi, Turki, Brunei, Singapore dan banyak lagi. Ye lah,..dah 160 buah negara kot.



Forever Living adalah sebuah syarikat yang bebas hutang. Jadi ia satu syarikat yang sangat kukuh. Lagi, di kebanyakkan negara lain, Forever membeli bangunan bersejarah untuk dijadikan HQ di negara tersebut. Padanlah bangunan semua cantik-cantik belaka.
Forever Living sangat unik kerana ia adalah syarikat yang mempunyai ladang dan kilang sendiri. Apa yang lagi mengujakan, ia merupakan penanam, pengeluar dan pengedar aloe vera terbesar di dunia. Terdapat 3 tempat utama untuk penanaman aloe vera ini dan apabila ia ditambah bahagi, keluasan ladang aloe vera Forever adalah 2X luas Singapore. Bayangkan lah seluruh Singapore itu ditanam aloe vera dan ada sekali ganda lagi. Punya la besar. Apa yang menariknya, aloe vera ini ditanam secara organik dan ianya tiada pagar!



Setiap hari Forever mengeluarkan 400,000 botol aloe vera gel setiap hari. Ye la, nak supply ke 160 buah negara. Bukan sikit. Dan syarikat ini telah mendapat 3 pengiktirafan.

1.  ISO 14001: Environmental Management System
2. ISO 9001-2000: Quality Management System
3. OHSAS 18001-1999: Workplace Health and Safety


Forever Living merupakan penternak lebah terbesar di dunia iaitu di Gurun Sonoran. Sebelum tahu tentang Forever, saya pun tidak tahu di mana letaknya Gurun Sonoran ini. Ingatkan gurun ni sebelah gurun  Sahara ke. Rupanya tidak. Cuba lihat peta di bawah. Terdapat lebih 3000 spesis bunga semulajdi di kawasan gurun yang menjadikan ia satu kawasan yang sangat mesra lebah. Forever Living bukan hanya ada madu asli sahaja, tapi ada bee pollen,bee propolis dan royal jelly. Lengkap semua produk lebah.







Syarikat Forever Living bukan sahaja mengeluarkan produk untuk minum sahaja malah terdapat banyak produk-produk lain seperti set kuruskan badan (Clean 9), set untuk wanita dan lelaki, set make up, set penjagaan kulit, essential oil, set sendi dan macam - macam lagi. Best sangat tau.

Ok nanti sambung lagi. Banyak nak cerita lagi ni.

Apa-apa boleh Whatsapp di 012-6891597



Sunday, January 10, 2016

Kebaikan Aloe Vera Forever Yang Patut Anda Tahu

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Hari ini saya nak kongsi kebaikan aloe vera. 
Seperti mana yang kita tahu, aloe vera telah digunakan sejak beribu zaman dahulu lagi. Khasiatnya yang unik membuatkan ianya masih digunakan sehingga kini. Alhamdulillah, dengan teknologi yang ada kita boleh mengoptimumkan penggunaan aloe vera untuk dalaman dan luaran.


Kebaikan Aloe Vera

Apa yang membuatkan  rangkaian produk Forever begitu unik adalah bahan utama khas kami: gel aloe vera tulen yang distabilkan 100%. Bahan semulajadi ini diekstrak  dengan teliti daripada tumbuhan aloe yang ditanam di ladang-ladang milik persendirian kami.

Produk kami dibuat dengan pengekstrakan gel daun dalaman . Kami kemudiannya meneliti bahan-bahan tambahan lain bagi menghasilkan produk penjagaan kulit dan produk pemakanan yang berkualiti tinggi.

Aloe vera begitu serba guna; ia juga boleh diambil sebagai minuman, untuk membolehkan anda menjaga badan anda dari dalaman dan luaran. Kepelbagaian gel minuman Forever menggabungkan kuasa semulajadi aloe vera dengan bahan-bahan lain yang sesuai untuk keperluan anda. Gel manakah yang anda akan pilih?


Forever Aloe Vera Gel

Gel aloe vera yang distabilkan dalam bentuk minuman. Produk terlaris ini adalah hampir sama dengan jus tumbuhan semula jadi dan mengandungi lebih dari 200 jenis sebatian. Ia adalah sumber yang kaya dengan nutrien yang menyediakan makanan tambahan yang sempurna untuk diet yang seimbang. Ia juga membantu untuk menyokong sistem imun dan menyokong metabolisme badan.

Forever Aloe Berry Nectar

Nikmati manfaat minuman Aloe Vera Gel yang asli, ditambah pula dengan campuran manis epal segar dan jus kranberi. Gel yang lazat ini menjadi pilihan yang baik untuk wanita. Kandungan antioksidan yang tinggi sesuai diambil untuk mereka yang inginkan awet muda kerana antioksida membantu menghapuskan radikal bebas.

Forever Bits N’ Peaches

Forever Bits N’ Peaches menggabungkan khasiat aloe vera dengan ketulan buah pic yang masak. Minuman semulajadi ini adalah sesuai untuk seisi keluarga terutama sekali kanak-kanak. Kanak-kanak yang sembelit sesuai diambil Aloe Bit N' Peaches ni. Rasa manis semulajadi menjadikan anak-anak sukakanya.

Forever Freedom*

Dengan semua nutrien Aloe Vera Gel yang digabungkan dengan glukosamina, kondroitin dan MSM, minuman lazat berperisa oren ini adalah sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah pergerakan. Ia juga merupakan sokongan pemakanan bagi mereka yang aktif dalam sukan.

*Didapati di Singapura sahaja (boleh dibeli menggunakan ID anda)

Nak cuba? Boleh hubungi Daya Ratu Aloe Vera di 012-6891597